Projek Sedekah Jariah – Cikgu Ghani

Alhamdulillah, Masya Allah, Subhanallah, setinggi-tinggi kita panjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberikan rezeki yang tak terhitung kepada kita semua.

Benarlah kata-kata Allah ‘rezeki itu datang tanpa disangka-sangka’. Siapa sangka Allah s.w.t menurunkan rezekiNya berbentuk seorang insan yang sangat pemurah.

Bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Abd Ghani Haron (tengah), menyumbangkan beras percuma kepada orang ramai di perkarangan rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu, di sini, semalam. STR/NOR FARHANI CHE AD

Bekas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Muda, Abd Ghani Haron (tengah), menyumbangkan beras percuma kepada orang ramai.

Terbaru Abdul Ghani atau lebih mesra Cikgu Ghani (60) yang menetap di Kedah telah menyumbangkan lebih 2,000 kampit beras kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

Ini diantara inisiatif beliau dalam memupuk rasa bersyukur kepada Allah s.w.t. dengan berkongsi rezeki dengan orang lain.

Firman Allah s.w.t dalam surah Taha ayat 132 :

Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.

Lagi banyak kita berkongsi rezeki, lagi banyak Allah s.w.t akan berikan. Kan Allah itu Maha Pemberi Rezeki. Kan?

Sebelum ini Cikgu Ghani ada memberi sedekah kepada 1,500 orang penunggang motorsikal dengan cara isi minyak petrol percuma ekoran kenaikan harga bahan api itu bermula awal bulan ini.

Semoga kempen ini disambut baik oleh semua masyarakat. Semoga murah rezeki Cikgu Ghani. Amin.

Kongsi pendapat anda