Protes #TangkapMO1 berjalan aman

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Protes ‘Tangkap Malaysian Official 1’ (#TangkapMO1) di sekitar Jalan Tun Perak hari ini berlangsung dengan aman. Bermula sekitar jam 2 petang, perhimpunan yang dianjurkan kumpulan aktivis Gerakan Anak Muda ini melakar beberapa titik pertemuan di sekitar ibu negara termasuk di hadapan pusat beli belah Sogo dan Masjid Negara. 


Pada jam 2 petang, peserta dari setiap titik pertemuan mula berarak ke Dataran Merdeka sambil membawa plakad tanda protes. Peserta kemudiannya mula berhimpun di sekitar Jalan Tun Perak apabila lokasi awal perhimpunan Dataran Merdeka ditutup dan kelihatan kawalan pihak polis dipertingkatkan dan sekaligus menimbulkan kesesakan lalu lintas.


Susulan itu, penganjur perhimpunan mengarahkan peserta untuk bergerak ke hadapan dataran Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL Ura-ura yang menyatakan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyertai protes itu bagaimanapun, ahli politik veteran itu tidak kelihatan langsung sehingga perhimpunan bersurai.


Perhimpunan itu mendesak identiti ‘MO1’, yang dinyatakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, didedahkan dan dibawa ke muka pengadilan

Kongsi pendapat anda