Proton Iriz diperkenalkan pada umum

Gambar Proton Iriz 2014 Hatchback (Proton Compact Car) Didedahkan Secara Rasmi. Inilah dia kereta Proton iriz 2014 Hatchback yang dikatakan bakal memberikan saingan kepada pasaran kereta compact. Akhirnya…sedikit demi sedikit gambar Proton Iriz 2014 hatchback didedahkan kepada semua yang terus ternanti-nanti “buah tangan” terbaru Proton Malaysia.

Proton Iriz hijau

Selain daripada Perodua Myvi, Proton Iriz 2014 Hatchback dijangka akan bersaing hebat dengan model kereta Hyundai i10, VW UP!, Honda Brio. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri yang mampu sedikit sebanyak kelemahan yang anda.

Proton Iriz putih

Antara spesifikasi Proton Iriz :

  1. Skrin sesentuh dengan kemudahan Navigasi, Radio, Media dan Bluetooth.
  2. Skrin sesentuh untuk paparan bagi kamera undur.
  3. Dilengkapi dengan enam beg udara (besar kemungkinan hanya ditawarkan untuk spec proton Iriz 2014 yang termahal). lebih banyak duit yang anda leburkan, lebih selamat.
  4. Menyediakan 5 tempat duduk
  5. Butang penghidup enjin (Push start button). Juga besar kemungkinan hanya akan ditawarkan pada varian yang tertinggi sebagai strategi penjualan). Mungkin?
  6. Dilengkap kawalan kestabilan elektronik (ESC)
  7. Mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada ANCAP
  8. Menawarkan 2 VVT enjin baru Proton Iriz 2014 bagi 1.6 liter dan 1.3 liter adalah lebih jimat minyak sebanyak 10%
  9. Kuasa Proton Iriz 2014 hatchback mampu mencapai 110hp dan tork 148Nm
  10. kelajuan maksimum Proton Iriz 2014 boleh mencapai sehingga 180km/j
  11. Ditawarkan samada manual atau automatik
  12. 3 varian iaitu Standard, Executive dan juga Premium
  13. Untuk maklumat lanjut sila risik di portal kereta Paultan.org

Proton Iriz merah

Kongsi pendapat anda