Radamel Falcao menyertai Manchester United

Kelab gergasi Inggeris, Manchester United mendominasi pembelian ketika jendela perpindahan Eropah ditutup, awal pagi ini dengan pengurus barunya, Louis van Gaal secara keseluruhan membelanjakan lebih daripada 150 juta pound (RM787.2 juta).

Bekas jurulatih kebangsaan Belanda itu yang masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam empat perlawanan kompetitif termasuk kekalahan memalukan 4-0 kepada kelab divisyen tiga, MK Dons mengakhiri pembelian mewahnya dengan mendapatkan pemain tengah Ajax, Daley Blind dengan nilai 14 juta pound (RM73.4 juta).

Selain Blind, United juga membawa masuk penyerang berbisa Colombia, Radamel Falcao dengan jumlah 6 juta pound (RM31.4 juta) secara pinjaman selama semusim dari kelab Monaco.

gambar Radamel Falcao

MU memecahkan rekod pembelian British dengan kehadiran pemain Argentina, Angel Di Maria dengan nilai 59.7 juta pound (RM313.3 juta) dari Real Madrid malah sebelum ini sudah mendapatkan pemain tengah Athletic Bilbao, Ander Herrera dengan nilai 29 juta pound (RM152.2 juta).

Pemain yang meninggalkan United ialah penyerang Mexico, Javier Hernandez yang menyertai Real Madrid secara pinjaman selepas menghabiskan masa empat tahun bersama kelab itu selain penyerang England, Danny Welbeck ke Arsenal.

Kongsi pendapat anda