Rahsia Jari

panjang-jari

Apakah beza kepanjangan jari telunjuk dan jari manis anda?

Luruskan jari-jemari anda. Perhatikan ketinggian jari telunjuk dan jari manis anda. Ada sebarang perbezaan?

Menurut kajian dari USA yang dinyatakan oleh Dr. Mehmet Oz, wanita yang mempunyai jari manis yang lebih panjang daripada jari telunjuk berisiko tinggi untuk menghidapi osteoarthritis terutamanya di bahagian lutut. Saiz kepanjangan jari berkait rapat dengan kadar hormon di dalam tubuh seseorang individu.

Bagi wanita yang mempunyai keadaan yang dinyatakan tadi, ia menunjukkan kadar hormon estrogen yang kurang di dalam badan. Kekurangan estrogen mampu mengakibatkan penyakit arthritis, juga dikenali sebagai penyakit radang sendi. Individu sebegini digalakkan mengamalkan aktiviti fizikal yang sihat untuk mengelakkan risiko tersebut.

Walaubagaimanapun, perbezaan saiz jemari bersama risikonya ini tidak sesuai diaplikasi oleh kaum lelaki kerana ia adalah normal bagi kelompok ini.

Di sisi yang berbeza, sebuah kajian oleh ahli psikologi dari Universiti Oxford dan Universiti Northumbria ke atas 600 individu lelaki dan perempuan sekitar Britain dan USA mendapati individu yang mempunyai jari telunjuk dan jari manis yang hampir sama panjang adalah mereka yang setia dan sebaliknya bagi yang mempunyai jari manis yang lebih panjang.

arthritis: penyakit radang sendi
osteoarthritis: penyakit radang sendi yang berkait dengan tulang rawan
estrogen: hormon yang banyak didapati di dalam organ pembiakan perempuan

Kongsi pendapat anda