Ratu cantik Malaysia pertama mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

Soo Wincci yang telah memenangi anugerah Ratu Cantik Malaysia pada tahun 2008 lalu kini bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Pentadbiran.

Soo Wincci 31, berkata dalam pada beliau menyiapkan tesisnya beliau akui pernah sekali itu tesis beliau dibuang ke dalam tong sampah.

dr-soo-wincci

Malah, penyanyi lagu Terus-Teranglah bersama Joe Flizzow ini juga pernah dianggap ‘gila’ apabila memasang impian untuk mencapai cita-cita sebagai penghibur sekali gus berjaya di bidang akademik. Namun segalanya telah dibuktikan oleh beliau. Ianya tidak mustahil.

Jelasnya “Dua tahun lalu, tesis saya pernah dibuang ke dalam tong sampah kerana gagal menepati tahap akademik. Tahun lalu pula, selepas penilaian tesis dibuat, saya diminta balik. Ia bermakna saya gagal lagi. Saat itu saya nekad untuk menukar perjalanan hidup dengan menumpukan kepada pelajaran saya sehingga selesai”.

terima-phd

Pada majlis yang penuh bermakna itu Wincci menerima PhD yang disampaikan Canselor OUM, Tan Sri Azman Hashim. Dengan pencapaian berkenaan, Wincci turut menerima pengiktirafan sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama yang menerima PhD oleh Malaysia Book Of Records (MBOR).

Beliau ada juga memberikan ucapan yang penuh inspirasi. Antara intipati ucapan beliau ialah :

  1. Wanita juga boleh melakukan kerja-kerja yang mencabar selagi adanya usaha berterusan
  2. Terus mengejar impian dan jangan penah berputus asa
  3. Pendidikan sangat penting dalam kelangsungan hidup kita semua
  4. Hindarkan segala perspektif negatif dan sentiasa berada dalam keadaan positif

phd

Beliau ada juga berceloteh “sekiranya gadis gila ini boleh melakukan, anda di luar sana boleh melakukan yang juga malah lebih terbaik daripada saya”.

Wincci sebelum ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Reading, United Kingdom, dan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Sunshine Coast, Queensland, Australia.

adik-tersayang keluarga-tercinta

Kongsi pendapat anda