RAYANI AIR kini Syarikat Penerbangan Syariah Compliance

RayaniAir mewajibkan anak-anak Kapal tampil berhijab bagi yang beragama Islam serta berpakaian sopan bagi anak-anak kapal yang tidak beragama islam sekaligus menjadikan RayaniAir, Syarikat Penerbangan berlandaskan Syariah Islam yang pertama di rantau ini. Perkhidmatan RayaniAir juga tidak akan menghidangkan minuman beralkohol. Pada setiap penerbangan juga akan dimulakan dengan doa sebelum berlepas.

Rayani Air Syariah Compliance

Rayani Air Office

Anak-anak kapal RayaniAir diwajibkan berhijab dan berpakaian menutup aurat bagi mereka yang beragama islam dan bagi mereka yang bukan beragama islam diwajibkan berpakaian sopan. RayaniAir merupakan Syarikat Penerbangan pertama mengikut Syariah Islam di rantau ini.

Setakat ini, diketahui ada dua pesawat Rayani Air yang bersedia untuk penerbangan domestik. Pengarah Urusannya, Ravi Alagendrran berkata sebagai permulaan, sebuah pesawat Boeing 737-400 akan memulakan operasi dari Langkawi-Kota Baharu manakala satu lagi bagi destinasi Langkawi-Kuala Lumpur.

Kapal terbang Rayani Air

Rayani Air Instagram

Rayani Air memilih Langkawi sebagai hab utama dalam usaha menarik pelancong datang dari dalam dan luar negara. Pelbagai acara telah disusun sempena Tahun Melawat Kedah pada tahun depan untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara mengunjungi Langkawi.

Kongsi pendapat anda