Rejim Zionist bertegas akan meneruskan serangan

Rejim penjajah Zionis yang diketuai oleh Benjamin Netanyahu telah mengumumkan semalam bahawa kabinet Israel sebulat suara memutuskan untuk meneruskan serangan darat dengan memasuki Jalur Gaza.

Presiden AS, Barak Obama yang seolah-olah bertindak sebagai Ketua Polis dan Ketua Hakim Mahkamah Dunia telah menyatakan bahawa Israel berhak untuk mempertahankan ‘negara mereka’.

Rejim Zionist teruskan serangan

Briged al Qassam pula menyatakan bahawa mereka akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka pasti tidak akan membiarkan pihak musuh untuk dapat tidur dengan lena.

Beberapa penganalisa tentera menyatakan bahawa al Qassam baru menggunakan kurang daripada 20 % daripada kekuatan sebenar ketenteraan mereka dan tiada bukti bahawa kadar mereka bertempur berkurangan pada saat ini samada dari sudut peralatan mahu pun di segi sumber manusianya untuk mempertahankan Gaza.

Sejarah akan membuktikan betapa banyak kumpulan yang kecil dan kelihatan ‘lebih kerdil’ berjaya mengalahkan kelompok tentera yang ‘kelihatan kuat’. 10 hari terakhir Ramadan kali ini akan membuktikan kembali sejarah ini.

Semoga Allah swt menurunkan bantuannya dan membantu perjuangan umat ini bagi mempertahankan kemuliaan Masjid al Aqsa dan kedaulatan bumi Anbiya ini demi masa depan umat sejagat.

Doakan yang terbaik buat umat sejagat dan agama ini.

-artikel asal dari Dr Zainur Rashid Zainuddin

Kongsi pendapat anda