Rezeki Di Bumi Kanada

Siapa sangka seorang anak muda tempatan yang berasal dari Sabah, Chef Safura Tawil (25 tahun) telah mengharumkan nama negara dalam pertandingan masakan antarabangsa.

Beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ‘Embassy Chef Challenge 2016’ di Ottawa, Kanada pada 3 November lalu.

safura-1

Saat yang paling menarik ialah sajian yang dihidangkan oleh chef ini merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu pulut kuning bersama rendang daging dan serunding, otak-otak bersama acar dan sambal udang dan sate ayam bersama kuah kacang.

Dengan sajian ini beliau sekaligus menewaskan juara bertahan dari Trinidad & Tobago yang menjuarainya tahun lalu.

safura-2

Fakta menarik yang lain ialah beliau merupakan peserta termuda di antara semua chef yang mengambil bahagian. Kebanyakan chef yang bertanding adalah chef yang mempunyai pengalaman dalam dunia kulinari selama bertahun-tahun. Ada juga daripada mereka yang telah menerbitkan buku masakan dan mempunyai saluran masakan sendiri.

Syabas dan tahniah. Teruskanlah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Go Go Malaysia.

safura-3 safura-4 safura-5

Kongsi pendapat anda