RICOH Lancar WG-M1 Action Camera Kalis Air dan Tahan Lasak

KEJAYAAN GoPro dalam pasaran ‘Action Camera’ telah membuat banyak syarikat turut menghasilkan action camera tahan lasak dengan inovasi masing-masing.

RICOH salah satu syarikat melancarkan action camera Ricoh WG-M1 yang tahan lasak dan kalis air. Syarikat itu bukanlah pendatang baru dalam pasaran kamera kerana sebelum ini juga telah membuat kamera selama bertahun-tahun.

RICOH WG M1 Action Camera tahan lasak, kalis air

RICOH WG M1 Action Camera tahan lasak, kalis air

Action Camera Ricoh WG-M1 baru ini akan menjadi pesaing dalam pasaran yang berkembang pesat pada masa ini dikuasai oleh GoPro. WG-M1 membawa gaya baru dalam barisan WG yang sebelum ini hanya dengan kamera kompak tahan cuaca (contohnya WG-4 dan WG-20).

Ricoh WG-M1 adalah kamera 14MP yang boleh menyelam sehingga 10m dalam air, dijatuhkan dengan ketinggian 2m, dan berfungsi pada suhu serendah -10°C. Ianya juga dilengkapi 14MP CMOS sensor, f/2.8 lensa super lebar dengan pandangan 160° mampu merakan video berkelajuan tinggi HD 1080p atau mengambil gambar laju sehingga 10 imej per saat, LCD 1.5 inci di atas dan juga fungsi Wi-Fi untuk sambungan ke smartphone dan tablet.

Kawalan yang besar di atas badan memudahkan pemilik untuk mengendalikan kamera semasa dalam persekitaran yang lasak. Tidak seperti action camera lain di pasaran, Ricoh WG-M1 tidak memerlukan ‘housing‘ untuk melakukan setiap aktiviti lasak. Sememangnya, hampir semua tujuan boleh dicapai dengan Ricoh WG-M1.

Ricoh WG M1 Action Camera

ricoh-wg-m1-side

Dengan berat 190 gram, kamera WG-M1 ini mempunyai bateri lithium-ion yang boleh mengambil kira-kira 350 imej atau 150 minit video sebelum ia perlu dicas semula. Kamera mempunyai 100MB memori terbina di dalam, dan mempunyai sokongan kad memori microSD atau microSDHC.

Action camera Ricoh WG-M1 akan dilepaskan dengan pilihan warna hitam dan oren. Ia boleh didapati di Amerika Syarikat dan negara-negara lain mulai bulan Oktober 2014 dengan cadangan harga USD $300.

Ricoh WG-M1 turut disertakan dengan trigger grips, wrist straps, peg mounts, helmet straps, dan handlebar mounts.

Kongsi pendapat anda