Risiko Bergambar dengan Tanda ‘Peace’

dua-jari

Biasa bergambar sambil mengangkat dua jari yang dikenali sebagai simbol keamanan atau ‘peace’?
Fikirlah dua-tiga kali sebelum anda menggayakannya selepas ini.

Para penyelidik di Jepun mengesahkan mereka telah berjaya mencetak maklumat dan data cap jari dari sekeping gambar digital seorang yang bergambar dengan simbol tersebut.

penggunaan-data-capjari

Penggunaan cap jari sebagai salah satu bentuk pengesahan maklumat kini digunakan di pelbagai platform.
Selain penggunaannya di jabatan tertentu untuk urusan formal, ia juga telah diadaptasi di dalam alat teknologi, dan yang paling berleluasa digunakan ialah telefon pintar.

Maka dengan penemuan ini, ternyata ia membawa risiko yang sangat besar.
Pencurian identiti, pencurian maklumat sulit, malah rompakan ke atas kawasan yang dikawal dengan akses tertentu antara risiko yang dimaksudkan.

kanak-kanak-tanda-peace

Mungkin risiko ini kurang bahaya ke atas kanak-kanak.

Walaupun jenayah yang disebabkan hanya dari bergambar dengan simbol dua jari ini masih lagi tidak pernah didengari, namun risikonya sudahpun wujud.
Disarankan agar kita lebih berhati-hati dalam bergambar, memuat naik dan berkongsi gambar.

Kongsi pendapat anda