RM16,000 baucer tunai dari Sepahtu Sinar

Buat julung kalinya Sinar FM melancarkan ‘Projek Sepahtu Sinar’. Projek ini merupakan salah satu inisiatif Sinar FM untuk mempromosikan kempen-kempen yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan April dan Mei nanti.

Projek Sepahtu Sinar akan dilaksanakan oleh beberapa medium sokongan antaranya melalui siaran udara (on-air), on ground mahupun di laman sosial. Sepahtu Berlagu, merupakan projek pertama bermula 4 April hingga 29 April, yang merangkumi Projek Sepahtu Sinar, di mana pendengar haruslah berusaha untuk meneka lagu terpilih yang dimainkan di radio dan menangi baucer tunai. Paling mencabar, penekaan lagu memerlukan fokus kerana lagu tersebut akan bertindih dengan bunyian kasut kanak-kanak yang akan mengganggu konsentrasi pendengar.

Sebagai sebuah stesen yang tidak jemu memberikan inspirasi kepada pendengar, Projek Sepahtu Sinar bakal membawakan Gerak Khas Sepahtu Sinar untuk menyinari warga kota.

Dengan kerjasama Rapid KL, trio pagi Sepahtu Sinar (Jep, Shuib dan Rahim) akan menemui warga kota Kuala Lumpur yang menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL sebagai pengangkutan seharian mereka bermula hujung April ini. Pengemudi segmen pagi Sinar FM ini akan ke udara secara langsung di dalam sebuah bas Rapid KL yang terpilih sekitar Kuala Lumpur pada setiap hari Jumaat.

Sepahtu

Sepahtu Sinar turut berhasrat untuk menghiburkan serta beramah mesra bersama penumpang untuk merapatkan lagi silaturahim bersama peminat mereka.

Antara lain aktiviti sepanjang ke udara secara langsung di dalam bas Rapid KL, Sepahtu Sinar akan menjemput artis-artis tempatan untuk membuat persembahan di dalam bas.

Untuk memenangi baucar membeli-belah bernilai RM 200, pendengar hanya perlu dengarkan isyarat memanggil dan jadi pemanggil terpantas di talian 03-9543 2000 dan meneka tajuk lagu disebalik bunyi sepatu kanak-kanak dalam masa 20 saat. Jika gagal, jumlah tersebut akan dibawa ke segmen seterusnya.

Sepahtu Sinar

Layari laman web Sinar FM www.sinar.fm untuk maklumat lebih lanjut mengenai peraduan yang dilaksanakan oleh Sinar FM, serta dengarkan frekuensi Sinar FM mengikut frekuensi lokasi anda! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi pemenang peraduan Sepahtu Berlagu yang bermula pada 4 April hingga 29 April dan berjumpa dengan pengemudi Sepahtu Sinar di sekitar Kuala Lumpur pada hujung April ini.

Kongsi pendapat anda