Rohingya Menangis Lagi

rohingya

Umum diketahui tentang pergolakan yang berlaku di Myanmar keatas rakyat Rohingya. Saban hari mereka dibunuh, rumah mereka dibakar. Sehinggakan mereka tiada lagi untuk tempat berteduh.

Hari ini juga ada beberapa berita yang menyayat hati tentang kematian saudara kita ini. Allahu Akbar. Maafkan kami kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Kami tetap berdoa agar Allah s.w.t akan menurunkan tenteranya untuk membela kalian.

Ini adalah sajak puisi khas buat kalian.

Disaat manusia hilang pedoman

Kerakusan, kezaliman, kekejaman

Beraja di fikiran, langsung tidak diendahkan

Suara-suara sayup yang kedengaran,

 

Mereka merintih, mereka meratap,

Mereka menjerit, mereka merayu,

Meminta belas kasihan, dimanakah hak mereka?

Sampai bila, sampai bila, sampai bila

Mereka harus derita,

 

Tidak tersentuhkah sang durjana itu

Melihat anak-anak kecil menjadi mangsa kerakusan, keganasan

Jeritan, tangisan, rintihan, dianggap seperti lagu-lagu yang didendang,

Ohh! Sungguh kejam,

Mereka diusir dari kampung halaman disaat kediaman mereka dijilat api

Dijilat api yang sedang kelaparan

 

Mereka hanya mampu memandang, mereka hanya mampu meratap

Hanya mampu mengerang kesakitan

Mereka tak berdaya menghalang

Darah merah Rohingya yang mengalir

Berterusan menghujani bumi Arakan

 

Tanpa ada sebarang sekatan

Tiada kuasa yang tampil ke depan

Membela nasib mereka yang malang

Masing-masing hanya mampu mengunci mulut

Mengikat kaki tangan

Melihat keganasan demi keganasan

Oleh : ciknoma

Kongsi pendapat anda