Rumah dibina secara Haram diroboh, 9 ditahan pihak berkuasa

POLIS menahan sembilan lelaki yang cuba menghalang pihak berkuasa merobohkan struktur kediaman didirikan secara haram di tanah kerajaan berdekatan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, 8.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, proses merobohkan struktur kediaman terbabit dilakukan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) selepas memperoleh perintah mahkamah.

Katanya, operasi terbabit dijalankan selepas usaha merobohkan struktur berkenaan tertangguh beberapa kali sebelum ini.

 “Ketika proses perobohan, sekumpulan individu terdiri daripada pemilik rumah dan aktivis parti politik cuba menghalang pihak berkuasa daripada menjalankan tugas.

“Susulan itu, kami menahan sembilan suspek berusia 25 tahun hingga 45 tahun mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Kekecohan berlaku pagi tadi apabila Pejabat Tanah & Galian Selangor cuba merobohan rumah dan kedai bekas pengawai masjid…

Denaihati Network 发布于 2017年10月4日

“Kesemua barangan milik penghuni kediaman terbabit dikeluarkan terlebih dulu sebelum rumah diroboh. Tiada kecederaan membabitkan pihak berkuasa atau pembantah,” katanya pada kenyataan, hari ini.

sumber : hmetro.com.my

Kongsi pendapat anda