Runtuhan Konkrit : CEO MRT Corp Letak Jawatan

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid hari ini meletakkan jawatan serta-merta selepas kejadian runtuhan konkrit landasan MRT yang mengorbankan tiga pekerja semalam.

Azhar berkata, keputusannya meletak jawatan sejajar MRT Corp mengambil penuh tanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Sebagai ketua MRT Corp, saya bertanggungjawab secara peribadi atas kejadian itu dan ini tindakan yang betul untuk saya ambil. Saya memaklumkan kepada pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa, tentang keputusan saya,” Datuk Azhar Abdul Hamid

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 300 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam.

landasan MRT runtuh

Mayat Mohammad Elahi Hossain, Mohamad Faruk Khan dan Mohammad Alauddin Mollik ditemui dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Dalam satu kenyataan hari ini, Azhar berkata dia amat sedih dengan kehilangan nyawa yang sia-sia berpunca dari kejadian itu. Katanya, MRT Corp dan pihak berkuasa yang berkenaan akan menyiasat dan mengenal pasti punca kejadian.

Kongsi pendapat anda