Rusia Bersedia Membekukan Pengeluaran Minyak

Rusia merupakan antara negara terbesar pengeluar petroleum di dunia pada ketika ini.

vladimir-putin

Pada hari ahad baru-baru ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah membuat kenyataan bahawa negara mereka sudah bersedia untuk membuat pembekuan pengeluaran minyak.

Negara-negara OPEC yang lain juga cenderung untuk bersetuju membekukan pengeluaran minyak mereka kepada negara-negara bukan OPEC pada 30 November ini.

Antara sebab pembekuan ini ialah,

  • menghapuskan pembekalan minyak dunia yang terlalu banyak
  • meningkatkan harga minyak

“Untuk membekukan produksi minyak mentah bukan satu isu bagi kami” – Vladimir Putin.

Di dalam sidang akhbar di Lima, setelah Persidangan Kemuncak APEC, Putin juga menyatakan bahawa beliau dapat melihat kebarangkalian yang tinggi kata sepakat akan dapat dicapai pada mesyuarat OPEC minggu hadapan.

OPEC – Organisasi Negara Pengeksport Petroleum.
12 negara yang terlibat ialah Algeria, Angola, Ekuador, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Saudi Arabia, Emiriah Arab Bersatu and Venezuela.

Kongsi pendapat anda