Sahkan 43 rakyat Malaysia termasuk 2 bayi dalam MH17

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

bangkai MH17 hangus terbakar

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

bangkai pesawat MH17 hangus terbakar

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

Kongsi pendapat anda