Sakit Kerana Kurang Cahaya Mentari

Selain daripada tumbuhan, manusia juga mudah jatuh sakit apabila kurang terdedah kepada cahaya matahari.

matahari-segar

Cahaya matahari bermanfaat sebagai sumber manusia mendapatkan Vitamin D dengan cara paling mudah.

Vitamin ini boleh didapati melalui pemakanan contohnya dari ikan-ikan seperti salmon dan tuna, juga dari makanan tambahan yang boleh didapati di dalam bentuk pil dan sebagainya.

pil-vitamin

Pengamal perubatan di United Kingdom dan Australia mendapati ramai pesakit mereka mengalami masalah kekurangan Vitamin D, terutama apabila ramai orang secara umumnya mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari kerana risiko penyakit kanser kulit.

Manfaat Vitamin D yang diketahui umum ialah ia mampu membantu penyerapan kalsium ke dalam tubuh, maka secara keseluruhannya ia baik untuk membina dan menguatkan tulang.

matahari-pagi

Sebagai tambahan, kajian terbaru yang disiarkan pada 15 Februari 2017 di dalam ‘The British Medical Journal’ mendapati memperoleh Vitamin D yang mencukupi dapat mengelakkan jangkitan saluran pernafasan akut (‘acute respiratory tract infections’).

Malah, jangkitan demam dan selesema juga dapat dielakkan apabila vitamin ini cukup di dalam badan.

Kongsi pendapat anda