Saksikan Tayangan Rock Bro Di Pawagam

Khusus buat peminat-peminat filem arahan Mamat Khalid jangan ketinggalan untuk menyaksikan kesudahan pengembaraan Rimba Bara dalam Rock Bro! “Kembali Ke Pangkal Jalan” yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober ini.

Sebuah filem trilogi arahan Mamat Khalid di terajui Khir Rahman serta penampilan bersama Soffi Jikan, Pekin Ibrahim dan Azmi Bahron. Turut menampilkan penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings.

Filem yang telah masuk minggu ke-3 semenjak ditayangkan ini telah mengutip sebanyak RM1.9juta. Mesti tak percaya kan? Jadi, cepat-cepat pergi ke pawagam berhampiran anda sekarang.

final-poster-rockbro_preview

Ianya merupakan sebuah filem yang mengangkat rockers-rockers tanah air sekitar zaman 1980-an. Filem ini juga disulami dengan lawak jenaka dan drama kehidupan oleh barisan pelakon-pelakon handalan seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Azmi Bahron, Amy Jueliet, Kamarul Hj Yusof, Hasnul Rahmat, Shuib Sepahtu, Juliana Iskandar, Shawarni, Dato’ Hattan, Man Kidal, Black Wings

Apa kesudahan kisah cinta Ella dan Jijoe? Dan ke mana arah Rimba Bara selepas ini? Mampukah Rimba Bara menuju ke puncak demi mempertahankan kewujudan mereka di persada muzik tanah air? Sama-sama kita tonton.

Kongsi pendapat anda