Sambil Makan, Sambil Sedekah

Semacam tidak percaya, dalam keadaan ekonomi kita yang merudum, masih ada lagi peniaga-peniaga kedai restoran yang mampu mengadakan konsep berniaga sambil beramal.

Menurut pemilik kedai Layan Sampai Kenyang, Nur Hafizah Ghazali “Mula-mula saya ada juga berfikir, dengan konsep ini, boleh ke dapat keuntungan? Tetapi Alhamdulillah, setakat ini, memang boleh dibuat,” katanya.

makan-sampai-kenyang

Tambah beliau setiap juadah seperti cendol, pasembor, laksa dan nasi goreng ikan rebus boleh dinikmati pada harga antara RM2 hingga RM5. Tanpa mengira yang berpendapatan rendah atau tinggi, semua orang boleh menikmati juadah ini.

Walaupun ramai mempertikai tentang keuntungan, modal dan sebagainya jelas beliau, perniagaan yang diuruskan oleh beliau  tetap menjana keuntungan.

Beliau juga bersyukur perniagaan restoran yang diusahakannya bersama keluarga di Kampung Bari Kecil di Setiu sejak sebulan lalu itu setakat ini berjaya menarik ramai pengunjung.

Kongsi pendapat anda