Sample B pemain badminton positif

KUALA LUMPUR: Seorang pemain badminton kebangsaan telah digantung sementara setelah hasil Sampel B urinnya didapati positif dexamethasone. Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima surat yang mengesahkan keputusan ujian berkenaan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 7 November.

Walaupun laporan media sebelum ini mendedahkan identiti pemain badminton berkenaan sebagai pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, namun BAM masih enggan mendedahkan nama pemain berkenaan.

sample B chong wei positif

Pihak Majlis BAM turut bersetuju untuk menyediakan segala aspek yang perlu untuk membantu atlet terbabit. Norza juga berkata bahawa pemain itu menafikan ada mengambil bahan berkenaan. Menyifatkan pemain badminton itu sebagai  “seorang yang dedikasi dan luar biasa,” Norza berkata pemain itu kini mengalami tekanan dan berharap semua pihak boleh memberikan sokongan kepada beliau.

Menurut laporan Astro ARENA, Chong Wei meminta semua pihak memberinya masa dan begitu juga dengan kerjasama daripada pihak media. Dia mengakui begitu tertekan sejak dikaitkan dengan isu doping ini, dan sehubungan itu berharap pihak Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz dapat membantunya mengenal pasti dari mana punca bahan terlarang itu.

Kongsi pendapat anda