Sana sini menu tanpa minyak

pecal

Sedang hangat di media sosial sekarang ini diperkatakan tentang menu tanpa minyak. Ada juga netizen yang menyenaraikan lauk pauk tanpa minyak seperti :

  1. Ayam panggang + kangkung celur + sambal belacan
  2. Ikan kembung masak asam rebus + kubis rebus + sambal belacan mangga
  3. Ikan charu bakar + kacang panjang celur + air asam
  4. Ikan kebung masak pindang rebus + kangkung celur + sambal belacan
  5. Ayam panggang/ayam kukus + bendi celur + sambal kicap
  6. Ikan kembung bakar/kukus + pecal + air asam
  7. Sotong/udang bakar + terung bakar + sambal belacan

Rata-rata netizen menyuarakan rasa ketidakpuashatian mereka gara-gara harga minyak naik di pasaran. Antara hashtag yang telah mula “trending” ialah #menutanpaminyak.

Tetapi kelebihan yang boleh diperoleh ialah kesemua menu yang disenaraikan ini sudah pastinya membangkitkan selera kita.

Bukan itu sahaja, semua menu ini berasaskan hanya kepada bakar, stim, panggang, rebus dan tidak ketinggalan juga ulam-ulaman.

Selamat mencuba.

bendi-celur kangkung-celur kubis-rebus terung-bakar

Kongsi pendapat anda