Satelit MEASAT-3b Dilancarkan pada 12 September 2014

MEASAT dijangka melancarkan satelit keenamnya, MEASAT-3b beberapa minggu lagi.

Menurut MEASAT, pelancaran satelit yang menggunakan Pelancar Ariane 5 itu akan meningkatkan kemampuan data sokongan dan perkhidmatan video di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

Setelah semua kerja berkaitan integrasi akhir selesai dilaksanakan dan diuji di kemudahan pertahanan dan angkasa Airbus di Toulouse, Perancis, MEASAT-3b diangkut melalui udara ke Kourou, French Guiana untuk dilancarkan.

maesat-3b
“Satelit ini akan dilancar ke slot orbit 91.5’E untuk berkolokasi dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3a bagi membentuk wilayah satelit Terus ke Rumah (DTH) paling mantap di Asia”
MEASAT adalah pembekal premium perkhidmatan komunikasi satelit kepada badan penyiaran antarabangsa terkemuka, platform DTH dan pengendali telekom. Melalui penggunaan lima satelit komunikasi, MEASAT menyediakan perkhidmatan satelit kepada lebih 150 negara di Asia, Timur Tengah, Eropah dan Australia.

Kongsi pendapat anda