See You Again rampas takhta Gangnam Style, Despacito mengejar

Sudah lama lagu Gangnam Style berada di atas sekali untuk video Youtube yang paling banyak dilihat. Top Billion Views Video pun sudah berubah. Selepas 4 tahun dimuatnaik ke Youtube, lagu Gangnam Style menjadi kegilaan sejak 15 Julai 2012 dan menyaksikan 2,903,466,108 views (setakat 18/7/17)

Wiz Khalifa tampil di Toronto pada Julai 2016. Lagu “See You Again” kini adalah video yang paling banyak dilihat di YouTube, dengan lebih 2.93 bilion views pada 18 Julai 2017. Lagu nyanyian PSY bertahan 1,689 hari dan merupakan satu jangkamasa yang lama untuk dipecahkan rekodnya.

Lima video terpantas untuk mencapai satu bilion views adalah “Hello” (87 hari), “Despacito” (97 hari), “Shape Of You” (97 hari), “Sorry” (137 hari), dan “Chantaje” Hari)

Lima video terpantas untuk mencapai dua bilion views adalah “Despacito” (154 hari), “Sorry” (394 hari), “See You Again” (515 hari), “Hello” (620 hari) dan “Gangnam Style” (684Hari)

Lagu Despacito yang sedang viral nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee dilihat menjadi perhatian untuk menjadi top most views youtube video.

*Update untuk lagu Despacito sudah mencecah 2.657 billion views dan di tangga ketiga.

Kongsi pendapat anda