Segmen Konkrit MRT Jatuh Di Cheras

Cemas apabila 12 segmen konkrit yang terjatuh dari sebuah treler di Cheras pada awal pagi Ahad berpunca daripada pemandu yang menekan brek kecemasan, kata MRT Corp.

Treler 51 tan itu dikatakan tidak dapat mengelak daripada melanggar kereta di hadapannya dalam kejadian pukul 11 pagi semalam, berhampiran bulatan di Taman Billion. Akibat kemalangan itu, 12 segmen konkrit lapisan terowong jatuh dari treler ke jalan raya.

konkrit mrt

Operasi untuk mengalihkan konkrit di atas jalan raya dilakukan segera dengan lorong menghala ke bulatan Taman Billion dibuka semula kepada semua lalu lintas pada jam 1.30 petang.

MRT Corp mengulangi bahawa bahan yang terjatuh tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada sesiapa.

MRT Corp berkata treler berkenaan dimilki kontraktor pengangkutan untuk projek MRT, Pakej Kerja Bawah Tanah Projek MRT MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd dan telah mengangkut segmen lapisan terowong ke Pudu.

Pemandu treler berkenaan terus berada di situ bersama penyelia tapak dalam operasi untuk mengalihkan segmen yang jatuh.

Lokasi itu kemudian mengalami banjir kilat akibat hujan yang amat lebat bermula kira-kira pukul 3 petang.

Kongsi pendapat anda