200 Belia Dunia Berkumpul

Sesi bergambar bersama pemimpin dalam & luar negara

Para perwakilan belia daripada 30 buah negara

Baru-baru ini penulis telah menyertai “Program Perhimpunan Belia Dunia” yang berlangsung di Hotel Flamingo, Ampang.

Program yang berlangsung selama 7 hari 6 malam itu adalah bertujuan untuk menghimpunkan anak-anak muda dari seluruh dunia untuk bertemu, berbual dan mengadakan rundingan bagi mencari penyelesaian kepada masalah-masalah dunia Islam.

Ianya dianjurkan oleh Youth Board of the Union of NGOs of the Islamic World (Young UNIW) dengan sokongan oleh beberapa badan bukan kerajaan seperti Turkish Cooperation and Coordination Agency (TIKA) and Malaysian Islamic Youth Movement (ABIM).

Delegasi daripada Bangladesh

Delegasi daripada Bangladesh

Delegasi daripada Lebanon

Delegasi daripada Lebanon

Lebih 200 orang anak muda dari 30 buah negara menghadiri program yang diadakan pada 31 Januari – 6 Februari 2015 (penulis salah sorang, hehe bangga sikit).

Ramai juga para ilmuan, wartawan, ulama, ahli akademik, ahli politik, ahli media dan juga mahasiswa mengambil bahagian dalam program ini. Sesi pertama ucapan pembukaan telah diberikan oleh Profesor Tariq Ramadhan daripada Universiti Oxford. Beliau membincangkan tentang tajuk “Islam Sebagai Rahmat Seluruh Alam”. Ada juga panel-panel lain seperti Feliz Marquardt (Perancis), Syed Muhammad Khairudin Aljunied (Singapura) dan Dr Zulkifli Hassan (Malaysia). Input yang diberikan oleh mereka cukup terang dan padat bagi penulis.

Penulis tidak bercadang untuk cerita setiap hari apa yang penulis dengan kawan-kawan buat, nanti bosan pula, 5 hari kami duduk dalam dewan sambil mendengar ceramah, bengkel dan forum. Can you imagine that?. Jadi dah tahu la macam mana dalam dewan tu. Tapi penulis tak tidur ye, penulis sentiasa celik (hehe).

Lawatan ke Masjid Negeri Shah Alam

Lawatan ke Masjid Negeri Shah Alam

"menggoca" merupakan sebuah istilah menangkap ikan menggunakan tangan

“menggoca” merupakan sebuah istilah menangkap ikan menggunakan tangan

Susah juga proses mencanting batik rupanya

Susah juga proses mencanting batik rupanya

Hari berikutnya kami di bawa bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam. Actually bagi penulis as Malaysian sudah biasa, tapi macam kawan penulis seorang ni dia cukup teruja dan seronok. Nama beliau Recep (ada kat gambar bawah ni) dari Turki.

Kami dipecahkan kepada 4 kumpulan which is setiap kumpulan sudah disusun, ada dari Sudan, Lebanon, Palestin, Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Turki dan lain-lain. Team penulis (1 bas) akan ke Hulu Selangor. So dalam bas tu tiada apa sangat, sebab semua tidur, bangun sahaja sudah sampai.

So sampailah kami di Refreshing Spring Resort. Apa yang menariknya di Refreshing Spring Resort ini adalah ia dikelilingi oleh alam semulajadi dan di sini terdapat juga kolam air panas dan sungai. Perjalanan ke sini dari Ampang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.

Adakah anda bersedia!

Adakah anda bersedia!

Dengar elok-elok tau.

Dengar elok-elok tau.

Kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti Paintball. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan pengalaman pertama penulis mencuba aktiviti ini. Serius weyh !! memenatkan walaupun hanya beberapa minit di dalam “War Zone” itu. Kaki, tangan semua berbirat kerana ditembak. Walaupun penat tapi pengalaman begini memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Tapi serius talk, cuba bayangkan yang anda perlu merangkak di tanah yang kotor. Memang macam perang betul. Kawan penulis semua menggigil pegang pistol (hehe). Yuran pun tidaklah mahal sangat  sekitar RM 60 termasuk gear lengkap paintball – topeng muka, pelindung leher, pelindung badan dan 160 peluru which is affordable la kan.

Ada juga aktiviti lain macam Rock Climbing & Team Building. Tapi kalau nak buat team building sekurang-kurangnya 30 orang untuk membuat tempahan. Ala panggil la kawan-kawan yang lain datang sama.

Penginapan pun ada macam-macam. Ada Studio (2 pax), Chalet (8 pax), Teres Twin (2 orang), Kampung Twin (2 orang), Kampung Quad (4 orang) dan Asrama (20 orang).

Setiap delegasi mewakili negara masing-masing

Setiap delegasi mewakili negara masing-masing

Sesi perbahasan perasmian oleh Profesor Tarqi Ramadhan daripada Universiti Oxford

Sesi perbahasan perasmian oleh Profesor Tarqi Ramadhan daripada Universiti Oxford

Untuk anda yang inginkan tempat yang tenang, damai, datanglah tempat ni, penulis boleh bagi jaminan. Anda boleh klik kat sini http://rsresort.my/

Ok lah, sampai sini dulu entri kali ini.

Kongsi pendapat anda