Selamat hari jadi Shah Rukh Khan!

Sebut sahaja Shah Rukh Khan pasti ramai yang “menggila”. Mana tidaknya pelakon yang sememangnya dikenali sebagai “Raja Bollywood” itu menyambut hari kelahirannya yang ke-51 semalam.

Sudah pasti semuanya teringat akan filem terbaru beliau yang digandingkan bersama Kajol iaitu Dilwale. Beliau memang gemar meraikan hari istimewa ini bersama peminatnya.

happy-birthday-srk

Sempena hari istimewa ini jom kita baca beberapa fakta mengenai beliau :

Biodata :

  1. Nama : Datuk Shah Rukh Khan
  2. Tarikh lahir : 2 November 1965 (51 tahun)
  3. Nama isteri : Gauri Khan
  4. Anak : 3 orang
  5. Kerjaya : Pelakon, penerbit dan penyampai televisyen India
  6. Panggila : Badshah of Bollywood, King Khan, King of Romance, The King of Bollywood
  7. Jumlah lakonan : 75 filem romantik dan aksi

Anugerah

Sepanjang kariernya beliau telah menerima banyak anugerah seperti :

  1. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filmfare untuk :
    • Baazigar (1993)
    • Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995)
    • Dil To Pagal Hai (1997)
    • Kuch Kuch Hota Hai (1998)
    • Devdas (2002)
    • Swades (2004)
    • Chak De! India (2007)
    • My Name Is Khan (2010)
  2. Beliau juga telah dianugerahkan Padma Shri oleh Kerajaan India pada tahun 2005.
  3. Kerajaan Perancis telah menganugerahkan beliau :
    • Ordre des Arts et des Lettres (2007)
    • Legion d’honneur (2014).
  4. SRK menerima anugerah doktor kehormat daripada University of Edinburgh pada tahun 2015.

Projek akan datang

Bila ditanya tentang perkembangan terkini beliau SRK berkata beliau akan membintangi filem Dear Zindagi bersama dengan pelakon, Alia Bhatt, yang akan ditayangkan di pawangan mulai 25 November dan filem seterusnya ialah Raaes, sebuah filem arahan Rahul Dholakia yang bakal menemui penonton di pawagam pada 26 Januari tahun hadapan.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya di pawagam berhampiran anda tau.

Trending di sosial media

Selain itu, semua peminat dan penggiat media sosial juga tidak ketinggalan merakamkan ucapan “Selamat Hari Jadi” kepada bintang Bollywood ini. Jangan lupa gunakan hashtag ##HBDWorldsBiggestStar dan #HappybirthdaySRK.

Kongsi pendapat anda