Selamat Pengantin Baru Muhammad Ziyad

Muhammad Ziyad Zolkefli 26, bukan nama asing bagi kita setelah beliau memenangi pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil lalu.

Beliau telah selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir pada pukul 9.32 malam, pada Jumaat lepas yang diwalikan kan sendiri oleh bapa Zafirah (Md Nasir Abd Wahab).

ziyad

Mereka sah bergelar suami selepas tiga kali lafaz akad nikah oleh Muhammad Ziyad. Beliau menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta seutas gelang emas kepada Zafirah dengan disaksikan kira-kira 200 tetamu.

Artikel kali ini penulis akan berkongsi nasihat buat pengantin :

cincin

Pernikahan adalah satu  IBADAH dan ianya dijadikan sebagai wasilah kenderaan kita menuju tangga kecintaan Allah s.w.t dan RasulNya. Perkahwinan ini bukan sekadar sebuah acara untuk menyatukan lelaki dan perempuan sahaja, tetapi adalah tuntutan yang amat ditekankan oleh agama dalam menyampaikan pada kehidupan yang suci dan sempurna.

cinta

Pernikahan adalah KASIH SAYANG. Al-Qur’an telah mengajarkan kepada kita semua bahawa melalui pernikahan seharusnya akan wujud suasana kasih sayang, sebuah kebahagiaan, sebuah bayangan syurgawi di dunia. Keluarga adalah sebuah mahligai untuk mewujudkan kebahagiaan, bukan yang lain atau sebaliknya.

kebahagiaan

Pernikahan adalah KEBAHAGIAN. Pernikahan adalah pakaian dan kehidupan ahli syurgawi, maka kebahagiaan yang dimiliki dalam bahtera rumahtangga amat tidak disukai oleh iblis. Sebagai musuh abadi manusia, iblis sang pewaris neraka akan terus bekerja untuk menghancurkan kebahagiaan yang menjadi milik manusia, anak keturunan Adam sebagai para calon pewaris syurga. Jadilah peliharalah diri kalian daripada godaan iblis.

bunga-pengantin

Pernikahan adalah RAHMAT. Berdasarkan fitrah manusia, agama mengatur tanggung jawab, peranan dan fungsi kalian dalam kehidupan berkeluarga. Sempurnakanlah dan tunaikanlah hal tersebut dalam perjalanan kita membangun rumah tangga yang semoga dengan demikian akan dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada kedua pasangan pengantin.

ziyad-zolkefli2

Kongsi pendapat anda