Selamat Tinggal Kang Gary

Selepas 6 tahun bersama Running Man, Gary atau nama sebenarnya Kang Hee-gun mengucapkan selamat tinggal kepada program permainan realiti yang menjadi fenomena global itu pada 31 Oktober lalu.

Pengunduran bintang berusia 38 tahun itu diumumkan stesen SBS, yang memaklumkan bahawa keputusan Gary itu adalah bagi menumpukan semula perhatiannya terhadap kerjaya muziknya.

gary-1

Menurut penerbit Running Man “Kang Gary mengatakan bahawa beliau mahu fokus kepada muziknya dan beliau mahu meluangkan lebih masa kepada muzik. Sebagai Penerbit Running Man kami menghormati keputusan Kang Gary. Kami sangat menghargai segala usaha yang telah beliau berikan untuk Running Man selama 7 tahun”

Pengundurannya daripada rancangan itu secara tidak langsung meninggalkan pasangan ‘Monday Couplenya’, Song Ji-hyo, yang juga satu-satunya peserta wanita dalam program terbabit, selain Yoo Jae-suk, Haha, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook dan Lee Kwang-soo.

gary-2

Berikut Biodata Kang Gary:

Nama Penuh : Kang Hee-gun
Nama Komersial : Kang Gary
Umur : 38 tahun
Asal : Korea Selatan
Kerjaya : Rapper , Komposer , Penerbit , Personaliti Televisyen
Drama : Emergency Couple (cameo)
Variety show : Running Man (2010-2016)

Semoga Kang Gary terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

kim-jong-kok song-ji-hyo yoo-jae-suk ju-suk-jin haha lee-kwang-soo

Kongsi pendapat anda