Selangor serah kembali Bible yang ada kalimah ALLAH

Setelah hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat pengerusinya Datuk Bolly Lapok menemui Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pada 2 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 321 Bible bahasa Melayu dan Iban dari Persatuan Bible Malaysia (BSM) bagi membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.

Bible mengandungi kalimah 'Allah

Namun pada 11 Jun, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa naskhah Bible yang dipulangkan kepada Persatuan Gereja Sarawak hari ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor.

“Pemulangan kembali Bible mengandungi kalimah ‘Allah’ ini dibuat dengan syarat yang ketat bahawa Bible mengandungi kalimah ‘Allah’ tidak diedarkan di negeri Selangor,” kenyataannya dipetik.

Kongsi pendapat anda