Senarai Pelajar dan Pengacara AF2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seramai 14 orang pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 telah diperkenalkan selepas jejaka kelahiran Singapura, Sufi Rashid dinobatkan sebagai juara program realiti AF2015.

AF2016 menyaksikan tujuh pelajar lelaki iaitu Amal, 21 (Pulau Pinang) Amir, 20 (Selangor), Ikram, 26 (Kuala Lumpur) Zarol, 23 (Johor Bahru), Rais, 22 Selangor), Halmy, 23 (Kuala Lumpur) dan Isa, 23 (Selangor).
Manakala tujuh pelajar perempuan ialah AFI, 23 (Sabah), Ara, 19 (Negeri Sembilan), Rahila, 20 (Singapura), Riana, 26 (Pahang), Jasper, 23 (Johor), Asha, 20 (Melaka) dan Reshma, 18 (Selangor). 

Sementara itu, Zizan Razak masih dikekalkan sebagai pengacara.

Istimewanya musim ini, juara pertandingan JoHaRaStar anjuran radio rasmi AF2016, ERA fm akan diserap masuk untuk menyertai 14 pelajar lain pada konsert mingguan ketiga.


Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, Astro sentiasa teruja untuk membuka jendela AF setiap musim.

Mengulas mengenai penyerapan masuk juara JoHaRaStar, Raqim memberitahu ia adalah kelainan pada musim ini selain untuk memberi cabaran kepada para pelajar.

AF 2016 akan mula bersiaran secara ekslusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 Ogos ini.

Konsert mingguan akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Sementara itu rutin harian para pelajar menjalani kehidupan di akademi boleh ditonton menerusi Diari AF 2016 pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 15 Ogos di saluran sama.

Kongsi pendapat anda