Senarai Peserta dan Lagu Gegar Vaganza 4 Minggu 1

Akhirnya teka-teki mengenai bintang GegarVaganza 4 (GV4) terjawab selepas 12 orang penyanyi diperkenalkan pada sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Tampil dengan format baru yang bertemakan Nusantara pada tahun ini, GV4 telah membawakan dua artis dari negara jiran iaitu Ferhad (Singapura) dan Firman Siagian (Indonesia).

Selain Ferhad dan Firman, empat lagi peserta lelaki ialah Aqasha, Lan Kristal, Hazami serta Tia Jinbara. Manakala untuk peserta wanita pula adalah Liza Hanim, Aishah, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura.

Saingan untuk tahun ini dijangkakan lebih sengit kerana 12 peserta ini sangat dikenali dengan kehebatan vokal dan karakter unik masing-masing.

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 4
Konsert Pertama Gegar Vaganza 4 

Ahad, 29 Oktober 2017

– Aishah – Janji Manismu (Aishah)
– Aqasha – Embun (Aqasha)
– Elyana – Tak Tercapai Akalmu (Elyana)
– Ferhad – Kasin Berubah (Ferhad)
– Firman – Kehilangan (Firman)
– Haida – Zapin Usik Mengusik (Senario & Haida)
– Hazami – Mungkir Bahagia (Hazami)
– Lan Kristal – Seragam Hitam (Kristal)
– Liza Hanim – Siapa Sangka Siapa Menduga (Liza Hanim)
– Raja Azura – Hati Terkunci (Raja Azura)
– Syura – Nazam Berkasih (Syura)
– Tia Jinbara – Farhana (Jinbara)

GV4 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara manakala Ramli MS selaku pengkritik tetap.

GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam. Kehebatan bintang GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Kredit : gempak.com dan rafzantomomi.com

Kongsi pendapat anda