Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2016

Program realiti komedi terkenal tanah air, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali dengan gabungan barisan pelawak lama dan baru yang bakal menemui peminatnya bermula 29 Januari ini.

Format ‘Hotseats’ tidak lagi digunakan kerana pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga di program Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016.

Istimewanya, MLM 2016 menyaksikan beberapa pembentukan kumpulan baru pelawak-pelawak terkenal tanah air seperti kumpulan LOL yang disertai oleh Angah Raja Lawak bersama Tauke Jambu dan Ajak Shiro. Tidak ketinggalan kumpulan Joras yang diwakili oleh Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor.

Peserta Maharaja Lawak Mega 2016

Lebih mengejutkan, MLM 2016 turut menyaksikan gabungan Along dan Azrul menerusi kumpulan Cham yang sebelum ini dikatakan sudah berpecah.

Selain itu, dua nama baru bakal muncul sebagai peserta solo iaitu Reza Mukmin dan Kavin Jay.

15 kumpulan bakal merebut gelaran juara yang bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM500,000 beserta trofi, naib juara RM250,000, tempat ketiga, RM150,000, keempat RM50,000 dan kelima RM15,000.

Saksikan program Maharaja Lawak Mega 2016 setiap hari Jumaat, pukul 10 malam bermula 29 Januari di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Kongsi pendapat anda