Seniwati Mariani Meninggal Dunia

Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam tadi (1/12/2015) di kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur. Berita mengejutkan itu telah disampaikan ke pengetahuan umum oleh anaknya sendiri iaitu Melissa Saila melalui akaun media sosialnya.

Allahyarhamah yang berusia 82 tahun merupakan kakak kepada biduanita negara Puan Sri Saloma.

Seniwati Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Nama sebenar beliau ialah Siti Mariam Binti Ismail. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Seniwati Mariani

Sepanjang hayatnya, Mariani pernah berkahwin sebanyak tiga kali.

Bersama suami pertamanya iaitu Darus, Mariani telah dikurniakan dua anak iaitu Noraini dan Normala. Manakala dengan suami kedua iaitu H. M. Rohaizad, mereka mendapat enam anak iaitu Sharifah Haslinda, Sharifah Rozita, Syed Herwaini, Syed Marhain, Syed Nazran dan Syed Hasnidan.

Bersama suami ketiganya, Alias, Mariani memperoleh lima orang anak iaitu Iskandar Mierza, Shahruniza, Ariff Efandi, Kamarul Ariffin dan Melissa.

 Takziah disampaikan untuk keluarga Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

Kongsi pendapat anda