Seorang Pendaki Yang Hilang Kini Dijumpai

Hari ini seluruh rakyat berdukacita atas perkhabaran tentang kematian seorang pendaki dari Malaysia yang terpisah bersama kumpulan yang lain pada 20 November yang lalu.

2-pendaki-hilang

Allahyarham ialah Syed Redzuan Syed Salim Shatri. Mayat tersebut telah disahkan sendiri oleh isterinya. Beliau berkata, jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung Damavand setelah enam hari operasi pencarian.

“Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh,” katanya.

Sementara itu misi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan untuk mencari seorang lagi pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang iaitu Ramli Abdul Majid.

Semoga semuanya selamat. Amin.

1-pendaki-hilang

Kongsi pendapat anda