Serangan Bom Berani Mati di Istanbul, 10 maut dan 15 cedera

Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakan mereka orang asing, telah terbunuh dalam letupan di kawasan pelancongan di Istanbul. Pegawai Turki berkata seorang rakyat Syria melakukan serangan bom berani mati di daerah Sultanahmet, berhampiran Masjid Biru yang terkenal di bandar ini.

Lima belas orang turut cedera, kata pejabat gabenor di Istanbul.

Istanbul bom

Letupan Bom Istanbul

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki adalah “sasaran utama untuk semua kumpulan pengganas di rantau ini”.

Letupan istanbul

Namun, ada laporan yang menyebut bahawa kejadian mungkin ada kaitan dengan serangan militan Kumpulan Negara Islam (IS)

Dua letupan berani mati di Ankara ibu negara pada bulan Oktober membunuh lebih daripada 100 orang dan lebih 30 orang terbunuh dalam serangan berhampiran sempadan dengan Syria pada bulan Julai.

Kongsi pendapat anda