Siapa Ibu Dan Ayah Aku?

Allah Akbar. Berdegup laju jantung hari ini. Menggeletar jari apabila membaca berita tentang kes kelahiran anak tidak sah taraf setakat 2005-2015 hampir 500,000 orang.

Ini adalah anak-anak tidak sah taraf yang telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Belum kira lagi yang di longkang, yang di sungai, yang di tandas, yang digonggong oleh anjing. Allah. Takut betul penulis mendengar berita ini.

ibu-hamil-1

Ini bukan satu data yang main-main. Ini bukan lagi masa untuk kita menuding jari mencari salah siapa. Rasa seperti maksiat itu tidak punya apa-apa lagi. Haram sudah menjadi kelaziman. Hukum Allah dibuat main-main.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi 2012 hingga 2015 ialah 16,270.

Berdasarkan Statistik Remaja Hamil Jabatan Kesihatan Negeri 2012 hingga 2015, tiga negeri dengan statistik tertinggi remaja berumur 10 hingga 19 tahun hamil :

  1. Sarawak (5,246 orang).
  2. Johor (2,427 orang)
  3. Selangor (1,603 orang)

Tahukah kita bahana anak tidak sah taraf ini? Bagaimana walinya? Apa cara pembahagian harta? Bagaimana kedudukan auratnya kelak?

Kalaulah kita fikir semua persoalan ini, maka sudah pasti tidak akan berlaku seperti ini.

Ayuh teman-teman, letakkan Allah s.w.t di hati.  Usah dihitung salah dan kerja siapa. Kita sendiri perlu melakukan perubahan. Jagalah anak-anak gadis kita. Ini lah antara tanda-tanda kiamat semakin hampir apabila maksiat ini sudah menjadi kebiasaan

Sanggupkah kita melihat generasi akan datang dengan kelakuan sebegini? Apa kita nak beritahu anak cucu kita tentang usaha kita untuk menangani gejala ini?

Sama-samalah kita menjadikan masa depan lebih baik daripada sekarang.

cute-baby download

Kongsi pendapat anda