Sindiket Kad Jogathon Sekolah

Satu sindiket mengutip wang dikesan mengupah dan memaksa pelajar sekolah untuk mengutip derma menggunakan kad jogathon sekolah untuk mendapatkan wang mudah. Dalam kejadian terkini, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di daerah Brickfields hidup dalam ketakutan selepas diugut bunuh oleh ahli sindiket berkenaan selepas mangsa enggan mengikut arahan mereka.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 15 tahun itu berkenalan dengan ahli kumpulan itu melalui rakan sekolahnya berikutan lelaki itu selalu melepak di hadapan sekolah mangsa.

Selepas mengenali lelaki itu sejak Jun lalu, mangsa mendapat tahu kegiatan sebenar lelaki berkenaan yang akan memaksa pelajar sekolah berkenaan untuk mengutip derma menggunakan salinan kad jogathon sekolah lain sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya.

jogathon

Menurutnya, mangsa yang ketakutan memberitahu keluarganya.Mangsa kemudian dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan keterangan mangsa sudah diambil untuk tindakan.

harian metro

Kongsi pendapat anda