Singapura kuat kuasa Akta Perlindungan Data Peribadi

Organisasi di Singapura perlu mematuhi peraturan berhubung pengambilan, penggunaan, pendedahan dan penjagaan data peribadi dalam ketetapan Perlindungan Data, Akta Perlindungan Data Peribadi 2012 (PDPA) bermula Rabu. Dilaksanakan bersama-sama dengan ketetapan Jangan Buat Panggilan pada 2 Januari 2014, PDPA kini berkuat kuasa sepenuhnya selepas tempoh peralihan 18 bulan untuk syarikat-syarikat membuat persediaan bagi pematuhannya.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) Leong Keng Thai berkata dengan lebih banyak data dijana dan dikongsi, PDPA adalah perlu untuk memperkukuh kedudukan Singapura sebagai hab data global yang dipercayai.

Singapore

“Dengan penguatkuasaan PDPA, data peribadi individu kini dilindungi dengan lebih baik. “Bagaimanapun, kami menasihatkan individu untuk terus berhati-hati dengan data peribadi mereka dan kepada siapa mereka berikan data peribadi mereka bagi mengelakkan kemungkinan disalahgunakan,” Leong Keng Thai

PDPA juga akan membolehkan individu mengawal dan melindungi data peribadi mereka dengan lebih baik dan pada masa sama membenarkan organisasi untuk mengambil, menggunakan atau mendedahkan data peribadi untuk tujuan yang munasabah dan sesuai. Mulai Rabu, PDPC berkata organisasi perlu memaklumkan kepada individu berhubung tujuan data peribadi mereka diambil, digunakan atau didedahkan dan mendapatkan kebenaran mereka untuk berbuat demikian.

Kongsi pendapat anda