Siri Super Terbuka China 2016 – Iskandar Mara

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas untuk sampai kepada hujung minggu ni. Sudah pasti para pembaca semua saban hari tertunggu-tunggu hujung minggu kan? Kerana inilah tika dan saat untuk beristirehat atau pun bercuti. Hehe.

iskandar

Dalam pada kita menikmati berhujung minggu ini, ada satu berita gembira daripada skuad badminton negara pada kejohanan Siri Super Terbuka China 2016 yang mana pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin buat pertama kali mara ke suku akhir. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan buat kita rakyat Malaysia. Go Go Iskandar.

Beliau hanya memerlukan 48 minit untuk menumpaskan pihak lawan iaitu Guo Kai (China). Walaubagaimanapun beliau terpaksa bermain sebanyak 3 set sebelum menempah tiket ke suku akhir.

  1. Set 1 (7-21)
  2. Set 2 (21-6)
  3. Set 3 (23-21)

Iskandar Zulkarnain dijaduakan akan bertemu pemain ranking ke-24 dunia, Qiao Bin (China). Sama-sama kita doakan kejayaan beliau.

Kongsi pendapat anda