Siti Saleha Enggan Dedah Kisah Cinta

Pelakon Siti Saleha menjelaskan dia bimbang sekiranya terlalu terbuka bercerita mengenai teman lelaki kerana ingin mengelak daripada timbulnya sebarang kontroversi.

Sebagai seorang ikon yang dikenali ramai dia sedar sentiasa menjadi perhatian dan langkah tersebut dapat mengurangkan tumpuan masyarakat terhadap kehidupan peribadi.

Pelakon drama bersiri Ramadan Jangan Pergi itu sebelum ini mengakui sedang bercinta dengan seorang lelaki yang berasal dari Portugal.

Bagaimanapun Saleha enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai lelaki berusia 27 tahun itu namun mengakui dia seorang jejaka yang budiman.

Dalam pada itu, pelakon itu lega apabila namanya jarang dikaitkan dengan apa-apa kontroversi dan berharap perkara itu dijauhkan daripadanya.

Siti Saleha Enggan Dedah Kisah Cinta

Siti Saleha Enggan Dedah Kisah Cinta

Kongsi pendapat anda