Skim Mecca Fund Rebah

Lebih 150,000 individu di negara ini dipercayai terjerat dengan penipuan skim pelaburan pajakan hotel di Mekah atau lebih dikenali sebagai Islamic Hotel yang melibatkan kerugian mencecah RM450 juta.

Bukan itu sahaja, skim peni­puan yang bergerak secara sindiket dan didalangi oleh seorang lelaki bergelar Datuk itu turut didakwa bergerak aktif di peringkat global melibatkan beberapa negara jiran termasuk Thailand, Singa­pura, Indonesia, Brunei serta China.

Ini bermakna, skim berkenaan sudah mengaut keuntungan mencecah berbilion ringgit hasil penyelewengan wang pelaburan mangsa dari negara-negara berkenaan.

mecca-fund-rugi

Difahamkan, skim tersebut mewajibkan setiap mangsa membuat pelaburan minimum seba­nyak RM3,500 dan setiap bulan peserta akan menerima dividen sebanyak 15 hingga 30 peratus hasil keuntungan pajakan hotel.

Kesemua mangsa dipercayai termakan pujuk kerana pengasas skim berkenaan mendakwa dia telah menjalin kerjasama dengan seorang ahli perniagaan dari Arab Saudi bagi menjalankan pajakan sebuah hotel besar di Mekah untuk disewa kepada jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji dan umrah.

mecca-fund

Walau bagaimanapun, muslihat itu terbongkar apabila empat individu termasuk Datuk yang menjadi dalang utama skim terbabit ditahan polis dalam serbuan berasingan di Pahang dan Sarawak pada 26 Oktober lalu.

Dipercayai kesemua mangsa sindiket itu sukar memporoleh wang pelaburan masing-masing.

Pada 26 Oktober lalu, empat individu berusia antara 19 hingga 43 tahun yang bergerak aktif menipu wang pelaburan ahli menerusi skim pelaburan pajakan hotel di Mekah ditahan polis dalam dua serbuan berasingan di sebuah hotel di Pahang dan di sebuah rumah di Sarawak.

Kongsi pendapat anda