Skuad Kebangsaan Bermula Langkah Kanan

Kempen Piala Suzuki AFF 2016 di Myanmar telah membuka tirai dengan menyaksikan beberapa perlawanan pembukaan di peringkat kumpulan.

Semalam skuad bolasepak kebangsaan kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee bermula langkah kanan apabila menang tipis dengan Kemboja 3-2 di Stadium Thuwanna, Myanmar.

Skuad harimau malaya itu tersentak dengan gol kontroversi yang disumbangkan oleh Chan Vathanaka seawal minit ke-8.

Walaubagaimanapun skuad bolasepak kebangsaan terpaksa berhempas pulas sebelum memenangi perlawanan tersebut. Amri Yahyah boleh dianggap sebagai wira penyelamat apabila berjaya merembat masuk 2 gol buat Malaysia sehingga tamat perlawanan.

Berikut adalah senarai penjaring :

  1. Syazwan Zainon (36′)
  2. Amri Yahyah (69′), (80′)

Malaysia akan bertemu Vietnam pada Rabu ini. Sama-sama kita saksikan. Tahniah buat pasukan Malaysia.

Kapten Amri Yahyah

AFF 2016 MAL vs CAM

amri-yahyah

Kongsi pendapat anda