Sony Xperia C3 – Telefon Selfie Pertama dengan Sokongan Flash

BERIKUTAN sekarang ini trend selfie menjadi kegilaan seluruh dunia, syarikat Sony Corporation telah melancarkan telefon pintar selfie pertama yang dikenali sebagai Sony Xperia C3.

Telefon selfie ini mempunyai kamera hadapan 5 megapixel yang mana disokong dengan LED Flash yang membolehkan mengambil gambar dalam lokasi gelap.

Sony Xperia C3 turut dikatakan mempunyai sudut rakaman sehingga 80 darjah dan hadir dengan mod rakaman ‘Superier Auto’ untuk mengoptimasikan imej mengikut keadaan cahaya.

Malah, Xperia C3 juga mempunyai sokongan dwi-tap pada kerangka belakang, selain menggunakan butang shutter seperti biasa. Mod khas untuk rakaman secara automatik ketika pengguna senyum turut hadir pada peranti ini.

Sony Xperia C3

Telefon pintar selfie ini mempunyai skrin bersaiz 5.5 inci Triluminous dengan paparan 720×1280 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 1.2Ghz empat-teras, memori 1GB RAM, kamera belakang 8 megapixel serta bateri berkapasiti 2500mAh. C3 ini akan menggunakan Android 4.4 KitKat dan dilengkapi antara muka khusus daripada Sony.

Sony Xperic C3 ini akan mula dipasarkan pada bulan Ogos depan bermula di China.

Kongsi pendapat anda