SPM 2016 bermula hari ini

Assalamualaikum dan salam ceria.

Hari ini merupakan hari pertama bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan SPM 2016. Sudah pastinya ini merupakan ujian yang bakal menentukan hala tuju masing-masing kelak.

wish-spm-2016

Seramai 434,535 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara, bermula pagi ini hingga 6 Disember depan.

Disini penulis ingin memberi beberapa nasihat :

  1. Pastikan anda tidur awal waktu bagi mengelakkan rasa mengantuk semasa di dewan peperiksaan.
  2. Buat senarai semak bagi semua kelengkapan seperti alatulis, nota kecil, slip peperiksaan, kad pengenalan dan lain-lain.
  3. Elakkan daripada ‘study last minute’ kerana ini akan mengganggu konsentrasi anda. Baca nota-nota ringkas sahaja.
  4. Jaga kesihatan diri supaya anda kekal fokus dan bertenaga.
  5. Sentiasa berfikiran positif. Jangan memaksa diri sehinggakan anda tidak berasa selesa ketika menjawab soalan peperiksaan.
  6. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t dan jangan lupa bersedekah dengan harapan Allah s.w.t. memudahkan segala urusan sepanjang menjawab peperiksaan.

Semoga berjaya buat semua calon SPM 2016. All the best!!!

Kongsi pendapat anda