SPRM: 24 termasuk 12 pegawai Kastam ditahan, 207 akaun dibekukan

Susulan pemantauan selama lebih setahun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan sindiket terbesar penyeludupan barang-barang di Lembah Klang, yang mengelak daripada membayar duti kastam melibatkan lebih RM1 bilion. Akibat tindakan itu kerajaan dipercayai mengalami kerugian lebih RM2 bilion.

Semalam, SPRM membuat tangkapan ke atas seramai 24 individu termasuk 12 pegawai Kastam pelbagai pangkat. Selebihnya merupakan 12 anggota sindiket dan mereka ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.

Datuk Mohd Shukri Abdull

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata, pegawai-pegawai Kastam yang ditahan berusia antara 35 hingga 58 tahun dan salah seorang darinya adalah pengarah negeri.

Dua daripada mereka merupakan “Datuk”.

“Hasil operasi besar-besaran ini, SPRM telah merampas dan menyita wang rasuah bernilai lebih kurang RM3 juta, 207 akaun bank milik individu dan syarikat dibekukan, 10 kenderaan mewah yang disyaki hasil wang rasuah, gudang arak dan rumah kedai. Nilai sebenar masih tidak dapat diperolehi,” Datuk Mohd Shukri Abdull

Kesemua mereka ditangkap di kawasan Lembah Klang dan Ipoh, Perak. SPRM mengesyaki wujud elemen rasuah melibatkan pegawai-pegawai agensi penguat kuasa.

Kongsi pendapat anda