SPRM : Wujud Rasuah dalam Perlombongan Bauksit Kuantan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengakui wujud unsur rasuah dalam kes perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang, selepas terdahulu hari ini Kabinet mengenakan 3 bulan moratorium ke atas aktiviti itu di sekitar Kuantan.

Badan anti rasuah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil berat mengenai isu yang serius itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada.

Lombong Bauksit Kuantan

Sejak kebelakangan ini, SPRM menerima banyak aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal di Pahang. Berdasarkan aduan tersebut, SPRM mendapati wujud unsur rasuah dilakukan pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit berkenaan.

“SPRM memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009,” SPRM.

Kongsi pendapat anda