Staff Bernama TV mogok kerana Gaji Lewat?

Bukan kali pertama..

Bukan kali kedua..

Itulah yang diluahkan oleh pekerja di Bernama TV. Pembayaran gaji yang lewat dari yang biasa. Dan perkara ini memberi tamparan hebat kepada majikan. Sebahagian daripada saham Bernama TV dipegang oleh agensi berita nasional Bernama, yang terletak bawah bidang kuasa menteri tersebut.

Seramai kira-kira 140 kakitangan diarah bercuti kerana Bernama TV tidak mampu menanggung bayaran gaji mereka. Sebelum ini, memo juga dikeluarkan pada hujung tahun 2014 dan menyatakan perihal masalah kewangan yang melanda syarikat.
Memo Bernama TV Disember 2014

Memo Bernama TV Disember 2014

Para kakitangan berkenaan turut mempersoalkan bahawa tindakan itu mungkin melanggar undang-undang buruh negara ini. Seksyen 19 (1) Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa majikan mesti membayar gaji pekerja tidak lewat dari hari ketujuh selepas tempoh pembayaran gaji.

Akta itu menyatakan tempoh gaji mestilah tidak melebihi satu bulan. Namun, akta yang sama membenarkan majikan untuk memohon Ketua Pengarah Jabatan Buruh untuk memanjangkan tempoh gaji tersebut.
Gaji Bernama TV
Rintihan pekerja-pekerja di Bernama TV mahukan masalah mereka didengari oleh pihak yang berkenaan. Ada yang dapat bertahan untuk duit keperluan anak-anak dan isteri. Tetapi untuk ke tempat kerja, perlukan sumber kewangan yang cukup. Diharap dapat perhatian daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Kongsi pendapat anda