Status Keislaman Lindsay Lohan

Sejak gambar Lindsay Lohan membawa al-Quran menjadi viral di media sosial, orang ramai mempertikaikan dan melontarkan pendapat masing-masing akan kaitan Lindsay Lohan dan Islam.

Melihatkan gambar-gambar Lindsay ke Dubai dan Turki, di mana ada di antaranya beliau mengenakan tudung di kepala, pelbagai anggapan semakin menular.

lindsay-bertudung-dan-quran

Ditambah lagi dengan tindakan beliau membuang semua gambar lama di akaun instagram miliknya dan meninggalkan status “Alaikum salam”, membuatkan sesetengah orang beranggapan beliau sudahpun memeluk Islam.

Di dalam salah satu temubual Lindsay baru-baru ini, beliau telah menjelaskan mengenai status dirinya kini.

“Saya telah mempelajari Quran untuk beberapa ketika,” kata Lindsay.

“Ia merupakan satu proses untuk memeluk mana-mana agama. Saya menghormati semua agama, dan ia (islam) merupakan satu agama yang indah. Saya merupakan seorang yang spiritual, dan saya sedang mempelajarinya. Anda tidak boleh bertukar agama dalam masa satu malam sahaja,” tambahnya lagi.

lindsay-lohan-bersama-erdogan

Sumber: Facebook Lindsay Lohan

Lindsay Lohan kini aktif dengan aktiviti kemanusiaan dan beliau amat kagum dengan usaha Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, dalam membantu pelarian Syria.

Berikut merupakan merupakan klip video temubual beliau bersama DailyMail di New York.

Memetik salah satu ayat Lindsay, “Apa-apapun boleh terjadi. Ini lebih kepada perjalanan saya secara personal.”

Semoga dengan ini terjawab tanda tanya yang menjadi buah mulut orang ramai dan semoga beliau diberikan hidayah dariNya.

Kongsi pendapat anda