Steve Jobs Masih Hidup?

KEMUNCULAN imej lelaki berwajah mirip pengasas bersama Apple Inc yang sudah meninggal dunia pada 2011 menimbulkan perbincangan baru mengenai kesahihan kematiannya.

Kemunculan imej menyerupai Steve Jobs itu dikesan pada satu selfie seorang lelaki yang dimuat naik di laman sesawang Reddit.

Menggunakan nama “TheHorseSizedDuck“, lelaki tersebut merakam gambarnya di kawasan pantai di Rio de Janeiro dan secara tidak sengaja telah merekodkan seorang lelaki berkerusi roda seakan-akan Steve Jobs. Dia dilihat berbaju hitam dan ditolak oleh seorang lelaki lain.

steve jobs alive

Berdasarkan janggut, kaca mata, rambut dan gayanya seseorang boleh diyakinkan lelaki terbabit adalah Steve Jobs. Bagaimanapun, lapisan kedua baju yang dipakai pada bahagian dalam itu menimbulkan tanda tanya kerana ia bercorak terang yang bercanggah dengan kebiasaan Jobs.

Kemunculan imej menyerupai Steve Jobs itu merancakkan perbincangan pelayar internet terutama dalam kalangan peminat teori konspirasi.

Pengguna Reddit yang dikenali sebagai “BestTastingFish” memberi komen:

“Kami perlukan lebih banyak maklumat mengenai gambar ini seperti di mana ia diambil dan adakah Steve Jobs benar-benar berada di situ. Secara peribadi, saya ragu-ragu”, katanya.

Namun, ada juga yang menganggap gambar tersebut diambil ketika Steve Jobs masih hidup dan baru disiarkan sekarang.

Steve Jobs didapati menghidap penyakit barah pankreas dan menghembus nafas terakhirnya pada 5 Oktober 2011, jam 3 petang.
 

Kongsi pendapat anda